Sunday 29 September 2013

'Dia' kembali lagi...

Salam, lama tak menulis kat sini. Hari ni idea nak menulis tu keluar mencurah-curah pulak, bukan apa idea yang keluar ni kesan rasa tidak puas hati hehe...Kenapa? Sebab 'dia' datang lagi...kembali menagih kasih yang aku dah tak nak layan..cukuplah dua tahun kat SKKM kuala medalam aku kena. kat sini pun kena juga. Hm untuk subjek yang aku ajar memang lah aku kena pegi, tapi bila kena isi 'kekosongan' atas keterpaksaan melayani 'dia' selama seminggu tu yang aku tak tahan.
Perasaan macam ni yang buat aku mula menyampah, dan kerja yang aku buat akan jadi tidak ikhlas. Bila dah tak ikhlas, maka akan jadilah kes-kes yang tidak sepatutnya hehe. Macam dekat SKKM dulu, aku baru sampai ke sekolah dari Sabah yang mengambil masa lebih 5 jam perjalanan, pastu tiba-tiba disuruh menjadi kambing hitam pulak menggantikan cikgu lain, untuk melayani 'dia'. Punyalah angin satu badan, bongok, bodoh, dan segala macam bagai sumpah seranah yang keluar haha untuk meredakan ketidakpuasan hati ini pada masa itu, namun tidak juga dapat mententeramkan jiwa yang sangat-sangat memberontak. Puncaknya aku hanya pergi 1 hari setengah sahaja untuk melayani 'dia'. hehe selebihnya aku duduk hotel, tidur makan dan tengok tv. Puas hati aku.
Tapi kini aku kena lagi...wargh...
layan dua ekor ni lagi best...

No comments:

Post a Comment