Monday 6 April 2015

Lamanya...

hehe lama nda masuk cni...
saja tengok2 kalau ada makanan cni dalam haha
Hm perkembangan terbaru da ada baby, Alhamdulillah...
Badan? hm dalam proses menguruskan perut badan...semoga berjaya... da 3bulan bersenam + jaga makan tapi berat baru satu kilo turun...macam xjalan je...kena tunggu bulan Ramadhan juga nampak gaya.
Abas jr. (Anas Safwan Bin Abas)

Wednesday 15 January 2014

Sambutan Maulidur Rasul SK Bagan 2014

Assalamualaikum,
Aktiviti awal tahun yang biasa dilaksanakan di SK Bagan dan juga kolaborasi dengan pihak Masjid Nurul Huda Bagan. Tahun ni agak meriah.
Pelajar berkumpul sebelum berarak menuju ke masjid.
Anak-anak SK Bagan 

Berselawat

Perarakan bermula.

Mana cikgu Abas? (jadi cameraman memang rugi)

Muhajirin...

Muhajirin berarak
OK nanti jumpa lagi dalam cerita akan datang.


Wednesday 1 January 2014

Tahun 2014...

Alhamdulillah...dah masuk tahun baru. Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang. Semoga tahun baru ini banyak perkhabaran gembira buat aku dan keluarga. Menanti kehadiran 'orang baru' dan masuk rumah baru hehe. INSYALLAH. Amin.

Monday 11 November 2013

Cuti sudah dekat...

Assalamualaikum...
Rasanya aku nda pernah cerita pasal sekolah kedua ku kan? Ntahla macam malas mau cerita bah hehe. Tapi oleh kerana ndada bajet mau tulis dalam ini blog yang berkurun lama ndada post maka terpaksa la merajinkan jari jemari untuk menaip.
Tahun ni masuk dua tahun aku jadi warga SK Bagan, Batu Pahat. Alhamdulillah semuanya ok, rasanya aku cuma ambik masa lebih kurang beberapa bulan sahaja untuk 'masuk' dalam keluarga SK Bagan ni. So far, aku senang kerja disini, walaupun ada perkara yang kadang2 buat rasa sakit hati, tapi biasa la kan kerja makan gaji ni memang begitu. Kalau mau nda dibuli, nda jadi kuli maka jadi la bos besar hehe. (angan-angan mau buka bisnes sendiri, insya Allah).
Sebenarnya banyak aktiviti yang berlaku di sini, tapi aku malas mau ambil gambar and post dalam blog, sebab biasanya orang yang ambik gambar mesti teda mukanya dalam gambar hehe. Nda adil la kan?
Bawah ni aku post gambar yang ada muka ku, nda silap masa hari guru 2012 & 2013.




 Nanti lah tahun depan aku akan rajin-rajin post cerita dekat SK Bagan. (azam tahun baru ni hehe) kalau rajin ya aku buat...sekarang ni kerja cikgu bukan stakat mengajar..macam2! orang sedap jak cakap cikgu xde kerja, balik awal la...hm tapi bagi aku lantak la, orang nk ckp apa pn. bukan dorang bayar aku punya gaji hehe


Sunday 29 September 2013

'Dia' kembali lagi...

Salam, lama tak menulis kat sini. Hari ni idea nak menulis tu keluar mencurah-curah pulak, bukan apa idea yang keluar ni kesan rasa tidak puas hati hehe...Kenapa? Sebab 'dia' datang lagi...kembali menagih kasih yang aku dah tak nak layan..cukuplah dua tahun kat SKKM kuala medalam aku kena. kat sini pun kena juga. Hm untuk subjek yang aku ajar memang lah aku kena pegi, tapi bila kena isi 'kekosongan' atas keterpaksaan melayani 'dia' selama seminggu tu yang aku tak tahan.
Perasaan macam ni yang buat aku mula menyampah, dan kerja yang aku buat akan jadi tidak ikhlas. Bila dah tak ikhlas, maka akan jadilah kes-kes yang tidak sepatutnya hehe. Macam dekat SKKM dulu, aku baru sampai ke sekolah dari Sabah yang mengambil masa lebih 5 jam perjalanan, pastu tiba-tiba disuruh menjadi kambing hitam pulak menggantikan cikgu lain, untuk melayani 'dia'. Punyalah angin satu badan, bongok, bodoh, dan segala macam bagai sumpah seranah yang keluar haha untuk meredakan ketidakpuasan hati ini pada masa itu, namun tidak juga dapat mententeramkan jiwa yang sangat-sangat memberontak. Puncaknya aku hanya pergi 1 hari setengah sahaja untuk melayani 'dia'. hehe selebihnya aku duduk hotel, tidur makan dan tengok tv. Puas hati aku.
Tapi kini aku kena lagi...wargh...
layan dua ekor ni lagi best...

Tuesday 27 August 2013

HARI RAYA 2013

Alhamdulillah selepas sebulan berpuasa, maka dengan riang dan gembira keinginan dan nafsu untuk beraya bagaikan tidak dapat ditahan-tahan. Seolah-olah lahar gunung berapi yang hendak keluar memancut semasa klimaks haha.. sebenarnya perasaan macam itu hanya sebelum aku akil baligh saja, lepas dah meningkat remaja pastu masuk pula alam dewasa maka perasaan ghairah untuk beraya telah semakin berkurangan. ENTAH KENAPA..semua orang macam tu jugak ke?
Ah tak kisah lah..apa yang aku nak publish kat coolblog blog ni cuma gambar-gambar beraya kat kampung di Bukit Garam,Kota Kinabatangan Sabah. Yang best nya tahun ni ialah keghairahan adik beradik aku untuk memakai tema baju sedondon dengan warna ungu...diulang sekali lagi ungu..huhu yang tak best nya, kat kampung macam ramai  memakai baju UNGU! oh mai goat...orang lain pun dah macam keluarga pulak haha
Lain kali dah tak nak lagi pakai baju dengan tema sedondon  haha.
antara anak buah yang mewarisi kehenseman pakcik  Abas nya.

Sesi memperbaharui lesen kemaafan ayah bonda.

ni pun sama pemohon yang kedua

pun sama pasangan pemohon yang ketiga

tengok tu tikar getah pun warna UNGU!

anak buah tengah belajar mengambil gambar

UNGU lagi..

hm ungu juga...

Saiz badan selepas sebulan berpuasa

adik beradik lelaki (kurang sorang sebab beraya dekat rumah mentua kesayangan)

Mak dan anak serta menantu 

hero dan heroin dalam ini cerita..

mak dan bapak (ungu lagi)

Sunday 23 June 2013

jerebu oh jerebu..

Aduh pedihnya mata, tekak gatal n rasa nda selesa betul. Ni sudah masuk seminggu jerebu di sini. Tapi dalam pada keadaan yang tidak best ni ada perkara yang best juga hehe...CUTI SEKOLAH haha. Masih dalam mood bercuti sebenarnya, maklumlah baru lepas cuti dua minggu ari tu. Tapi yang nda best nanti kena ganti pulak, nda apa lah janji cuti dulu hehe. Apa pun jaga kesihatan masing-masing lah, jatuh bangun sendiri.
keadaan jerebu kat Batu Pahat (gambar dekat sk bagan)

matahari pun samar-samar je

hm salah siapa? tangan-tangan manusia...