Wednesday 6 February 2013

Sound system kereta ku

Bunyi macam hebat jak tajuknya, tak kisahlah janji aku puas hati. Kalau nak fikir orang lain sampai bila pun tak kan ada apa-apa. Proses menaik taraf sound system kereta ku ni bermula tahun lepas lagi, tapi hanya dimulai dengan head unit atau player cap ayam jak haha. Masa tu tak fikir pun nak lebih-lebih, jadi saja lah beli yang murah-murah janji ada skrin boleh tengok movie dalam kereta.
Pastu awal tahun ni pulak aku mula tukar speaker keta pulak, dapat dividen bah apa lagi jangan kasi lama. Nda sabar sebenarnya hehe aku pun pegi lah kedai yang pernah aku survey and lepas sembang ala kadar aku pun tukar semua speaker standard guna jenama MOHAWK. Aku pakai set Silver Mohawk, dengan sebijik amp 2 channel.

Yang Best:
  1. Sound system bertambah baik dari sebelum ni, ok lah dapat juga meletup2 dalam kereta 
  2. Rasa riak dalam hati dapat ngutuk keta orang rumah hehe saja nak dengki
Yang tak best:
  1. Head unit tak best, xdapat support untuk muzik yang sedap sebab aku nak main SQ
  2. Kerja finishing kedai tu tak kemas.
  3. Box speaker cantik tapi tak kena dengan ruang boot keta
  4. Ada chemical effect yang tak best ngan box tadi yang menyebabkan mata rasa pedih bila dalam kereta.
  5. wiring pun kurang kemas.
Oleh kerana rasa tak puas hati maka aku pun resetting sound system aku.
set silver Mohawk yang aku install 

amp 2 channel untuk support sebijik subwoofer 12''
subwoofer 12'' yang aku pakai memula

magnet subwoofer single coil 12''
box yang tak kena dengan interior boot aku..nanti aku tukar haha
 Ni lah keadaan sound system keta aku, memula memang nampak tak berapa lawa. jadi aku pun pegi la satu kedai lagi untuk survey player Pioneer dvd. Dekat kedai tu aku jumpa sebijik vios putih yang buat sound system juga. tapi nampak lebih kemas dan simple je aku tengok, macam yang aku nak. Tapi aku tak ambik gambar nanti dia kata jakun plak hehe.
Aku pun apa lagi tanyalah cemana nak setting semula aku punya sound system. kalau aku tahu yang sebijik amp boleh cover semua speaker mesti aku pasang awal2 dulu, tapi nda apa lah mungkin ada hikmah. banyak yang aku belajar. Jadi lepas ni ndada lagi orang boleh kasi kelentong, betul lah orang kata pengalaman adalah guru yang paling baik.
Dipendekkan cerita, aku pun tukar amplifier 4 channel Mohawk tapi set Crystal untuk support 4 biji mid speaker dan sepasang tweeter Silver set. Pastu aku tukar pulak box subwoofer dengan box yang dah bungkus karpet hitam, matching la dengan boot aku hehe. Tapi yang tak best nya, budak yang tukar box aku tu jadi terencat pulak, ntah cemana dia buat aku punya woofer bocor kena drill yang dia pakai. nasib masa tu aku tengah tengok dia buat, pastu tak nak mengaku pulak. kang aku lempang sia-sia budak tu. Nasib la yang sorang lagi tu bagi aku good deal untuk settle masalah tu. Dapat lah aku subwoofer baru set Crystal Mohawk 12'' hehe. Apa pun lepas ni nak tukar Headunit pulak. tapi nantilah tunggu tabung buluh penuh dulu.
tweeter pasang kat tepi pintu..bole la

head unit cap ayam jenama CRUNCH...memang crunch la!


amp 4 channel crystal 500.4

sub woofer 12'' crystal set.
magnet yang lebih besar..maknanya bass pun gegar satu kereta. Tu baru sebijik, kalau da berbijik2?

Friday 1 February 2013

Tahun baru da menjelma..

Lama sudah nda menulis di sini, sibuk barang kali sama tugas duniawi. biasalah bah kalau jadi cigu ni... hehe tahun ni adalah tahun 'merayap' setelah satu tahun menjaga badan sehingga naik beratnya seberat-beratnya huh memang berat banar ani... hehe macam cakap brunei pulak.
Terlalu banyak yang berlaku dalam tempoh masa setahun di sini, dan apa yang berlaku biarlah berlalu. Nda mau lagi dikenang-kenang, tapi nda juga mau dilupa. Biarlah disimpan saja hehe. (tangah layan lagu menaruh harapan-zaiton sameon)..syahdu haha buduh siot.
Azam tahun ni mau bikin interior kreta ku...body sudah nampak ensem, lawa dan membuatkan siapa yang melihat akan melutut lemah lutut kerana kehebatannya pemiliknya make up kreta haha. bangga diri sekejap, walaupun kreta masi lagi stendet haha... yang penting aku mau upgrade sound system mau main SQ. hehe k la nanti sambung lagi. nanti mau crita pasal upgrade sound system pulak.