Wednesday, 6 February 2013

Sound system kereta ku

Bunyi macam hebat jak tajuknya, tak kisahlah janji aku puas hati. Kalau nak fikir orang lain sampai bila pun tak kan ada apa-apa. Proses menaik taraf sound system kereta ku ni bermula tahun lepas lagi, tapi hanya dimulai dengan head unit atau player cap ayam jak haha. Masa tu tak fikir pun nak lebih-lebih, jadi saja lah beli yang murah-murah janji ada skrin boleh tengok movie dalam kereta.
Pastu awal tahun ni pulak aku mula tukar speaker keta pulak, dapat dividen bah apa lagi jangan kasi lama. Nda sabar sebenarnya hehe aku pun pegi lah kedai yang pernah aku survey and lepas sembang ala kadar aku pun tukar semua speaker standard guna jenama MOHAWK. Aku pakai set Silver Mohawk, dengan sebijik amp 2 channel.

Yang Best:
  1. Sound system bertambah baik dari sebelum ni, ok lah dapat juga meletup2 dalam kereta 
  2. Rasa riak dalam hati dapat ngutuk keta orang rumah hehe saja nak dengki
Yang tak best:
  1. Head unit tak best, xdapat support untuk muzik yang sedap sebab aku nak main SQ
  2. Kerja finishing kedai tu tak kemas.
  3. Box speaker cantik tapi tak kena dengan ruang boot keta
  4. Ada chemical effect yang tak best ngan box tadi yang menyebabkan mata rasa pedih bila dalam kereta.
  5. wiring pun kurang kemas.
Oleh kerana rasa tak puas hati maka aku pun resetting sound system aku.
set silver Mohawk yang aku install 

amp 2 channel untuk support sebijik subwoofer 12''
subwoofer 12'' yang aku pakai memula

magnet subwoofer single coil 12''
box yang tak kena dengan interior boot aku..nanti aku tukar haha
 Ni lah keadaan sound system keta aku, memula memang nampak tak berapa lawa. jadi aku pun pegi la satu kedai lagi untuk survey player Pioneer dvd. Dekat kedai tu aku jumpa sebijik vios putih yang buat sound system juga. tapi nampak lebih kemas dan simple je aku tengok, macam yang aku nak. Tapi aku tak ambik gambar nanti dia kata jakun plak hehe.
Aku pun apa lagi tanyalah cemana nak setting semula aku punya sound system. kalau aku tahu yang sebijik amp boleh cover semua speaker mesti aku pasang awal2 dulu, tapi nda apa lah mungkin ada hikmah. banyak yang aku belajar. Jadi lepas ni ndada lagi orang boleh kasi kelentong, betul lah orang kata pengalaman adalah guru yang paling baik.
Dipendekkan cerita, aku pun tukar amplifier 4 channel Mohawk tapi set Crystal untuk support 4 biji mid speaker dan sepasang tweeter Silver set. Pastu aku tukar pulak box subwoofer dengan box yang dah bungkus karpet hitam, matching la dengan boot aku hehe. Tapi yang tak best nya, budak yang tukar box aku tu jadi terencat pulak, ntah cemana dia buat aku punya woofer bocor kena drill yang dia pakai. nasib masa tu aku tengah tengok dia buat, pastu tak nak mengaku pulak. kang aku lempang sia-sia budak tu. Nasib la yang sorang lagi tu bagi aku good deal untuk settle masalah tu. Dapat lah aku subwoofer baru set Crystal Mohawk 12'' hehe. Apa pun lepas ni nak tukar Headunit pulak. tapi nantilah tunggu tabung buluh penuh dulu.
tweeter pasang kat tepi pintu..bole la

head unit cap ayam jenama CRUNCH...memang crunch la!


amp 4 channel crystal 500.4

sub woofer 12'' crystal set.
magnet yang lebih besar..maknanya bass pun gegar satu kereta. Tu baru sebijik, kalau da berbijik2?

21 comments:

  1. nice... brape total bro??

    ReplyDelete
    Replies
    1. total dalam 2.5k jugak la... budak baru belajar main speaker huhu yang mahal x mampu

      Delete
  2. Mohawk kira mhl la jgk tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ada duit x la rasa mahal..pastu termenung mana nak cari duit huhu

      Delete
  3. mo mintak nasihat ba bro. Mnala tau ko tau kn. Hehe. Aku cdg mo beli jgk head unit cap ayam cm d atas tu sbb miskin ba kesian.
    Movie format apa dia ble main?
    Kalo suda psg head, perlu ka jgk pki amp utk 2way speaker (drive kancil jak)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. adei geng...aku pun belum khatam lagi ni pasal sound system kreta..tapi kita kongsi2 la ba kan..yang aku pakai ni stakat ni klu cd sama dvd memang buleh jak main..klu blu ray tu blum cuba try test hehe klu mau main muvie guna pen drive pun belum cuba hehe
      hm head unit/player tu da cukup klu guna speker standard, tp klu da masuk subwoofer aku rasa wajib la pakai amp..xda amp, subwoofer tu mcm sia2 jak hehe klu slh tlg betul kn..

      Delete
    2. Oo kira ngam la jgk tu. Lgpn kancil jk kn. Tebongkar nanti klo psg subwoofer. Hehe. Cuma skrg tu jk la, aku mo taw format apa yg ble d main klo pki head unit cm yg d atas. Kdg2 tya d kdai pn kt xtaw dorg mnipu ka x kn. Btw, tenkiu bos. Aku pn org bru bljr ba ni. Haha

      Delete
    3. Ala sama la kita tu baru blajar, tp geng klu psng subwoofer sdp jg hehe (racun kuat ni)...pkai y 8'' satu biji sja sdh ckup hehe...
      Head unit cap ayam ni byk jg mslh, aku pya nda smp 2bln touch skrin ny sdh rusak, pastu siaran radio kdg nda clear...tp tgk nasib la mana tau dapat yang bagus hehe klu mau puas ht pkai pioneer (racun lagi)

      Delete
  4. Ok tu sound system bos..dulu sy pakai mohawk jugak bos.tapi sedap dengar jugak.sampai la kawan ajak main full set nakamichi+woofer epsilon..rsa nak menangis kluar duit

    ReplyDelete
  5. Bro speaker kat dlm pintu tu xrosak ke kena air?aku dah pasang cap kat speaker dalam tu,naya nanti speaker mahal rosak.celah rubber tingkap tu lama2 akan masuk air sikit2.sebab tu dalam pintu tu diorang letak plastik cover motor tingkap.hati2.hargailah speaker anda yg tersayang.

    ReplyDelete
  6. Aku ada jual radio dvd double din mohawk kalau nk wssup aku 0136884238 zam

    ReplyDelete
  7. Aku ada jual radio dvd double din mohawk kalau nk wssup aku 0136884238 zam

    ReplyDelete
  8. kt saya ada radio dvd double din original mazda...klau mahu kita bg murah2 saja...0198366980

    ReplyDelete
  9. brand head unit main peranan utama tuk yg ske SQ krn head unit adalah source utama tuk bunyi berkualiti dan bunyi clear. bleh cuba brand pioneer atau sony dan bandingkan ngen brand lain dari segi kualiti bunyi.

    ReplyDelete
  10. ada yang bleh invite masuk group wsap sound system x? ada banyak persoalan ni.. sy bru pasang power amp, monoblok & pre amp tapi head unit masih pakai yg asal.. bila wire rca monoblok sambung d pre amp bunyi enjin masuk dlm speaker pintu skali ada bunyi mcam pesawat tu.. bila cabut jadi ok bunyi speaker pintu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tukar rca yg berkualiti...contohnya cari rca guna terminal jenis gold plate n kabel jenis ofc

      Delete
  11. aku setting bergegar pintu kanan..ada setting x utk power amp ni?

    ReplyDelete