Perasaan macam ni yang buat aku mula menyampah, dan kerja yang aku buat akan jadi tidak ikhlas. Bila dah tak ikhlas, maka akan jadilah kes-kes yang tidak sepatutnya hehe. Macam dekat SKKM dulu, aku baru sampai ke sekolah dari Sabah yang mengambil masa lebih 5 jam perjalanan, pastu tiba-tiba disuruh menjadi kambing hitam pulak menggantikan cikgu lain, untuk melayani 'dia'. Punyalah angin satu badan, bongok, bodoh, dan segala macam bagai sumpah seranah yang keluar haha untuk meredakan ketidakpuasan hati ini pada masa itu, namun tidak juga dapat mententeramkan jiwa yang sangat-sangat memberontak. Puncaknya aku hanya pergi 1 hari setengah sahaja untuk melayani 'dia'. hehe selebihnya aku duduk hotel, tidur makan dan tengok tv. Puas hati aku.
Tapi kini aku kena lagi...wargh...
layan dua ekor ni lagi best... |