Monday, 25 June 2012

PENN OH PENN...

Pertama kali aku dengar jenama Penn macam mau ketawa puas-puas aku haha tapi aku kontrol sebab khalayak ramai, demi menjaga air muka yang ensem ditambah pula dengan pakaian formal baru balik dari kursus hehe. Lawak juga namanya, harga pun agak murah jika dibandingkan dengan Daiwa dan Shimano. Bila sampai rumah aku pun buat research sikit pasal jenama Penn ni, bila aku baca dalam internet aku jadi malu sendiri sebab jenama Penn ni sebenarnya satu jenama yang sudah wujud lebih awal sebelum dua jenama yang aku sebut tadi dan kualiti dari segi kelasakan memang tidak dapat dinafikan. Banyak sumber aku baca jenama Penn ni memang TERBAIK! barang dari USA. Cuma sekarang ni banyak da dibuat di China, pendek kata 'made in china' la, harga kurang tapi kualiti tetap maintain. Mau beli yang dari USA? boleh bah... sedia duit saja.
bawah ni ada beberapa spinning reel Penn dengan anggaran harga dekat kedai yang aku pegi (harga berubah-ubah)
PENN SARGUS, RM335 (bole kurang lagi tu kot)

PENN SLAMMER RM??? bentuk kurang sporty, jadi tak tengok harga

PENN FIERCE RM200 lebih, ikut saiz la, yang ni 6000

PENN CONQUER RM???

PENN BATTLE RM380 (bole mintak kurang lagi, pakai la baju sekolah mesti murah hehe)

PENN PURSUIT RM???

PENN TORQUE RM??? aku pun tak mampu rasanya hehe



nak lagi maklumat pasal jenama Penn ni cari saja di google... pennreels.com tapi harga teda la. harap-harap Penn Battle 6000 yang aku da tapau tu tidak mengecewakan berdasarkan apa yang telah dibaca.

25 HB... tarikh keramat setiap bulan

Orang pasti tertunggu-tunggu akan tarikh 25 hb ni setiap bulan. Ada banyak sebab, dan sebab yang paling best ialah hari gaji haha... da kerja sebulan mestilah nak rasa hasil titik peluh kan? tak kisah lah orang kata 'cikgu 25' ka apa kah, ada aku kisah? selagi kerja kita buat lantaklah orang mau cakap apa.
Dan yang paling penting bila da gaji ni kita kena 'bayar' dulu diri sendiri. hehe kali ni aku bagi hadiah pada diri sendiri dengan sebijik kekili PENN BATTLE 6000 dengan harga RM340.
Puas hati juga bab da lama tengok kat internet saja, bila da beli rasa berbaloi juga kerja sebulan. Kali ni aku singgah kat kedai D'Joran, sini teda baucer macam kedai yang aku pegi kemarin. Tapi sebab sini saja yang ada jual jenama PENN, jadi lain kali lah pegi kedai yang banyak baucer tu lagi hehe. hm pastu aku terambil satu tali sulam jenama SUFIX 60lb 300yd RM135. Tengah mau membayar tu mata ku ternampak pula barang yang selalu aku tengok dalam majalah. hehe sarung kepala, cantik... memang da lama aku cari tu barang.
PENN BATTLE 6000 RM340 lepas diskaun bah.

baru buka plastik lagi

b/bearing 6+1, spool besar muat 300yd 60lb, body metal, max drag 20lb, tapi berat sikit lah 620gram
Sufix Performance Braid RM135 lepas diskaun

kain penutup kepala RM15

kalau dari depan

kalau dari siring
Lepas ni aku fikir mau beli rod lagi tapi nantilah, pasni ada lagi yang bakal dibeli tapi tunggu lah 25 hb muncul lagi bulan depan. hehe

Tuesday, 12 June 2012

cuti pertengahan tahun 2012

Hm lama jugak aku nda update blog, bukannya apa baru-baru ni kan cuti jadi mood cuti bah... semua pun malas mau buat. cuti baru-baru ni bole la tahan best nya. minggu pertama cuti tu ada majlis akikah dekat rumah. sekor lembu telah ditumbangkan hehe pestime aku berkerjasama berkomplot dan berkolaborasi untuk keraja mengikat, memegang, melapah, menengok, memasak dan makan lembu yang telah menjadi korban itu. hehe
Pagi tu, bangun saja lepas berus gigi terus sarapan. nda lagi mandi bah terus pegi berjumpa dengan encik lembu. dengan berkat kerjasama yang padu adik beradik dan saudara mara maka semua telah berjalan lancar. dan yang paling siuk..apa lagi kalau bukan masa memasak, hehe sebab dapat makan. kalau masa makan pulak nda berapa bes sebab sudah kekenyangan makan haha...
InsyaAllah nanti aku pun mau juga buat akikah untuk 'orang baru' yang akan datang nanti biar meriah macam aritu. dapat kumpul ngan semua kuarga yang best tu. InsyaAllah.
tu dia encik lembu yang da di ikat dan sedia disembelih
encik lembu da kena sembelih
aksi ganas yang telah disensor menggunakan daun pisang
kejap lagi mau direbus ini lembu
sate lembu yang agak liat...baru sembelih beb terus di bakar..bukan macam ayam bah tu lembut..hentam sajalah...