Monday, 25 June 2012

PENN OH PENN...

Pertama kali aku dengar jenama Penn macam mau ketawa puas-puas aku haha tapi aku kontrol sebab khalayak ramai, demi menjaga air muka yang ensem ditambah pula dengan pakaian formal baru balik dari kursus hehe. Lawak juga namanya, harga pun agak murah jika dibandingkan dengan Daiwa dan Shimano. Bila sampai rumah aku pun buat research sikit pasal jenama Penn ni, bila aku baca dalam internet aku jadi malu sendiri sebab jenama Penn ni sebenarnya satu jenama yang sudah wujud lebih awal sebelum dua jenama yang aku sebut tadi dan kualiti dari segi kelasakan memang tidak dapat dinafikan. Banyak sumber aku baca jenama Penn ni memang TERBAIK! barang dari USA. Cuma sekarang ni banyak da dibuat di China, pendek kata 'made in china' la, harga kurang tapi kualiti tetap maintain. Mau beli yang dari USA? boleh bah... sedia duit saja.
bawah ni ada beberapa spinning reel Penn dengan anggaran harga dekat kedai yang aku pegi (harga berubah-ubah)
PENN SARGUS, RM335 (bole kurang lagi tu kot)

PENN SLAMMER RM??? bentuk kurang sporty, jadi tak tengok harga

PENN FIERCE RM200 lebih, ikut saiz la, yang ni 6000

PENN CONQUER RM???

PENN BATTLE RM380 (bole mintak kurang lagi, pakai la baju sekolah mesti murah hehe)

PENN PURSUIT RM???

PENN TORQUE RM??? aku pun tak mampu rasanya hehe



nak lagi maklumat pasal jenama Penn ni cari saja di google... pennreels.com tapi harga teda la. harap-harap Penn Battle 6000 yang aku da tapau tu tidak mengecewakan berdasarkan apa yang telah dibaca.

No comments:

Post a Comment