Pastu awal tahun ni pulak aku mula tukar speaker keta pulak, dapat dividen bah apa lagi jangan kasi lama. Nda sabar sebenarnya hehe aku pun pegi lah kedai yang pernah aku survey and lepas sembang ala kadar aku pun tukar semua speaker standard guna jenama MOHAWK. Aku pakai set Silver Mohawk, dengan sebijik amp 2 channel.
Yang Best:
- Sound system bertambah baik dari sebelum ni, ok lah dapat juga meletup2 dalam kereta
- Rasa riak dalam hati dapat ngutuk keta orang rumah hehe saja nak dengki
Yang tak best:
- Head unit tak best, xdapat support untuk muzik yang sedap sebab aku nak main SQ
- Kerja finishing kedai tu tak kemas.
- Box speaker cantik tapi tak kena dengan ruang boot keta
- Ada chemical effect yang tak best ngan box tadi yang menyebabkan mata rasa pedih bila dalam kereta.
- wiring pun kurang kemas.
Oleh kerana rasa tak puas hati maka aku pun resetting sound system aku.
set silver Mohawk yang aku install |
amp 2 channel untuk support sebijik subwoofer 12'' |
subwoofer 12'' yang aku pakai memula |
magnet subwoofer single coil 12'' |
box yang tak kena dengan interior boot aku..nanti aku tukar haha |
Aku pun apa lagi tanyalah cemana nak setting semula aku punya sound system. kalau aku tahu yang sebijik amp boleh cover semua speaker mesti aku pasang awal2 dulu, tapi nda apa lah mungkin ada hikmah. banyak yang aku belajar. Jadi lepas ni ndada lagi orang boleh kasi kelentong, betul lah orang kata pengalaman adalah guru yang paling baik.
Dipendekkan cerita, aku pun tukar amplifier 4 channel Mohawk tapi set Crystal untuk support 4 biji mid speaker dan sepasang tweeter Silver set. Pastu aku tukar pulak box subwoofer dengan box yang dah bungkus karpet hitam, matching la dengan boot aku hehe. Tapi yang tak best nya, budak yang tukar box aku tu jadi terencat pulak, ntah cemana dia buat aku punya woofer bocor kena drill yang dia pakai. nasib masa tu aku tengah tengok dia buat, pastu tak nak mengaku pulak. kang aku lempang sia-sia budak tu. Nasib la yang sorang lagi tu bagi aku good deal untuk settle masalah tu. Dapat lah aku subwoofer baru set Crystal Mohawk 12'' hehe. Apa pun lepas ni nak tukar Headunit pulak. tapi nantilah tunggu tabung buluh penuh dulu.
tweeter pasang kat tepi pintu..bole la |
head unit cap ayam jenama CRUNCH...memang crunch la! |
amp 4 channel crystal 500.4 |
sub woofer 12'' crystal set. |
magnet yang lebih besar..maknanya bass pun gegar satu kereta. Tu baru sebijik, kalau da berbijik2? |