Monday, 20 May 2013

memancing di Coral Fishing Lumut, Perak

Masa cuti penggal sekolah bulan 3 aritu aku ngan my wife pegi la jalan-jalan ke Perak. Fokus ke Lumut sahaja hehe, perjalanan yang tertunda, sebab? masalah yang tidak dapat dielakkan (jawapan standard untuk mematikan soalan dan bagi mengelakkan soalan lain timbul)
Sepatutnya trip ke Coral Fishing ni masa cuti CNY aritu tapi nda jadi, booking chalet da bayar kalau tak tunda maka duit booking tu burn je la kan? Bagi mengelakkan kerugian di pihak pencadang maka tarikh telah di ubah. Dipendekkan cerita la konon, jadi juga la merayap pegi ke Lumut.
Apa yang best dekat sini? apa lagi memancing la...Tapi macam biasa la dari siring saja hehe hasil pun bole la...ikan gelama menjadi pelakon utama dalam cerita ini, pelakon tambahan pulak si anak pari yang dipanggil ketuka...(diskriminasi sangat, ikan pun berbeza panggilan...)
Apa pun yang lagi aku suka bila orang rumah rasa apa yang aku rasa bila dapat ikan hehe... baru dia tau bestnya memancing. Biar pun dapat ikan gelama yang kecil tapi keseronokan tu yang penting. Dapat tengok tempat orang lagi, hehe pasni nak pegi memancing kat kelong pulak...Insyallah

Chalet ni ada dua buah bilik, dalam chalet xde gambar 

jeti depan chalet, xde kongsi tau...kalau ramai orang mungkin la kongsi

pemandangan Coral Fishing Resort

lagi pemandangan Coral Fishing, tu jiran 2 malam brother sebelah

siap boleh parking depan chalet lagi, betul-betul depan pintu

orang rumah jadi pemerhati 

nice view...

tengok tu...da berjangkit da...

ni la hasil 2 hari kat Coral Fishing

yang warna pink tu plastik buat bungkus ikan pari (anak)

lagi gambar ikan gelama

pagi terakhir sebelum balik, dapat lagi ikan gelama

tengok ikan je...bukan yang pakai baju putih tu huhu muka baru bangun 

da sampai rumah, ni la dia hasilnya

bole la makan 2 - 3 hari...sapa nak bagi kan?

1 comment:

  1. Pernah mendapat anak siakap merah, tetanda dan anak kerapu di situ.

    ReplyDelete