Selepas habis pengajian dekat maktab Keningau (sekarang IPG Keningau) (2009) apa lagi kerkobar-kobar la semangat mau mengajar konon, nda sabar sudah menunggu keputusan
posting keluar. Tapi bila dapat tau aku "dibuang" ke Sarawak, macam lemah kaki ku huhu. Aku pun cuba la call jabatan pelajaran sarawak, sebab mau tau di mana lagi kena campak! aiseh macam minta kesian saja ini ayat.
Nasiblah yang angkat talipun tu pempuan, dia bilang nama ku kena dekat Limbang, SK KUALA MEDALAM. Ahh sudah nama pun ada KUALA mesti dekat dengan laut (dalam kepala ku) adui sakit kepala masa dapat tau maklumat dan ditambah lagi dengan andaian-andaian yang aku reka sendiri haha.
Dipindikkan cerita la, aku pun pergi la ke Limbang dengan menaiki bas. Bas gerak jam 8 pagi, sekali sampai Limbang jam 4.30 petang. Bongok betullah! kena lalu banyak pos kawalan imigresen, ditambah lagi dengan kena naik 2 buah feri. tu belum cerita dekat Brunei....menyakitkan hati betul. Nantilah ada masa cerita pulak dekat Brunei.
Ingatkan da sampai sekolah, rupanya aku kena lagi naik kereta dalam 1 jam untuk sampai ke siring sungai. lepas itu kena pula naik perahu panjang dalam 2 jam lagi. Jalan darat ada juga tapi jalan balak la, cuma pacuan 4 roda yang boleh masuk.
|
Ni tempat mula-mula aku sampai di sk kuala medalam, tapi gambar ni diambil lepas aku da pindah. tu suma aku la yang lukis hehe bangga diri pula. |
|
wajah sk kuala medalam |
|
tidak hairan sekolah ini mendapat tempat kedua Anugerah Seri Asrama Terbilang |
|
|
|
Arca ikan milik sk kuala medalam, mahal ikan ni! |
Wow Cikgu Abbas.... Saya dah nak pindah (dekat 7 tahun di Medalam) baru jumpa post ni... hehehhehehe....
ReplyDeleteasalam cikgu abbas, saya pun baru jumpa ni...best jugak baca...ejam
ReplyDeletewei ejam. ada masa contact aku bah. lupa aku ka roomate 2008 .Kau xda FB ke Ejam
ReplyDelete