Rindu juga ngan sekolah lama...bukan rindu apa, masih terkenang kenangan di sana. Rakan-rakan yang best, suasana yang permai, masyarakat setempat yang ramah dan banyak lagi la. hm best dapat melihat budaya dan cara hidup masyarakat lain. lebih-lebih lagi yang tidak sama dengan kita, dan biasanya cuma dapat tengok dalam tv saja, tapi bila tengok depan mata baru lah dapat pengalaman yang cukup berharga.
Sebelum jalan darat dibaiki, agak sukar berhubung dengan dunia luar. terpaksa menggunakan jalan air yang kadang kala menakutkan bila banjir kerana banyak kayu hanyut ditambah dengan aliran sungai yang deras dan memenatkan bila musim kemarau tiba, terpaksa menarik dan menolak perahu pada bahagian sungai yang cetek.
Namun begitu, itulah namanya pengalaman yang orang lain tidak merasainya. banggalah dengan diri sendiri (siapa suruh jadi cikgu!). dengan anak-anak murid yang majoriti berbangsa iban kerana sk kuala medalam dekat dengan 7 buah rumah panjang. memberi pendidikan dalam keadaan yang serba kekurangan memang sesuatu yang mencabar, namun apa yang penting adalah kesungguhan. cuma yang tak besnya bila kita tak dihargai.
|
tu stanley dengan kembara nya yang dipanggil champion of Kuala Medalam |
Ah lantaklah yang penting aku enjoy... jom ngeteh!
|
kenangan di Pra sekolah skkm |
|
ni budak-budak year 6 yang da abis upsr, 2010 |
|
aku punya kelas, hm takde idea nak buat macam mana kelas ni, ada idea x? |
|
rumah kedua untuk tahun terakhir di skkm. |
ada masa sambung lagi cerita di sk kuala medalam dengan cerita rakan-rakan guru dan rakan mancing. cerita sukan ke tak pun aktiviti yang menarik sepanjang aku kat sana.
awal tahun 2012 dulu bila search sk kuala medalam, satu ape pun takde sampai takut betul nak dtg sekolah ni. xsempat jumpe cikgu pun tapi kenal melalui cerita cikgu suhaida n cikgu mariana lah, and!!! kelas cikgu tu jadi kelas saya sekarang ok! hahaahhaha seronok baca cerita cikgu ni, kebetulan jumpe blog ni bile search nama sk kuala medalam :)
ReplyDeletesama la..dulu memang xde bahan yang boleh bagi gambaran keadaan sk kuala medalam..memang takut nak pegi hehe hm gud luck jadi cikgu di bawah mr.endrick huhu
ReplyDelete