Monday, 25 June 2012

PENN OH PENN...

Pertama kali aku dengar jenama Penn macam mau ketawa puas-puas aku haha tapi aku kontrol sebab khalayak ramai, demi menjaga air muka yang ensem ditambah pula dengan pakaian formal baru balik dari kursus hehe. Lawak juga namanya, harga pun agak murah jika dibandingkan dengan Daiwa dan Shimano. Bila sampai rumah aku pun buat research sikit pasal jenama Penn ni, bila aku baca dalam internet aku jadi malu sendiri sebab jenama Penn ni sebenarnya satu jenama yang sudah wujud lebih awal sebelum dua jenama yang aku sebut tadi dan kualiti dari segi kelasakan memang tidak dapat dinafikan. Banyak sumber aku baca jenama Penn ni memang TERBAIK! barang dari USA. Cuma sekarang ni banyak da dibuat di China, pendek kata 'made in china' la, harga kurang tapi kualiti tetap maintain. Mau beli yang dari USA? boleh bah... sedia duit saja.
bawah ni ada beberapa spinning reel Penn dengan anggaran harga dekat kedai yang aku pegi (harga berubah-ubah)
PENN SARGUS, RM335 (bole kurang lagi tu kot)

PENN SLAMMER RM??? bentuk kurang sporty, jadi tak tengok harga

PENN FIERCE RM200 lebih, ikut saiz la, yang ni 6000

PENN CONQUER RM???

PENN BATTLE RM380 (bole mintak kurang lagi, pakai la baju sekolah mesti murah hehe)

PENN PURSUIT RM???

PENN TORQUE RM??? aku pun tak mampu rasanya hehe



nak lagi maklumat pasal jenama Penn ni cari saja di google... pennreels.com tapi harga teda la. harap-harap Penn Battle 6000 yang aku da tapau tu tidak mengecewakan berdasarkan apa yang telah dibaca.

25 HB... tarikh keramat setiap bulan

Orang pasti tertunggu-tunggu akan tarikh 25 hb ni setiap bulan. Ada banyak sebab, dan sebab yang paling best ialah hari gaji haha... da kerja sebulan mestilah nak rasa hasil titik peluh kan? tak kisah lah orang kata 'cikgu 25' ka apa kah, ada aku kisah? selagi kerja kita buat lantaklah orang mau cakap apa.
Dan yang paling penting bila da gaji ni kita kena 'bayar' dulu diri sendiri. hehe kali ni aku bagi hadiah pada diri sendiri dengan sebijik kekili PENN BATTLE 6000 dengan harga RM340.
Puas hati juga bab da lama tengok kat internet saja, bila da beli rasa berbaloi juga kerja sebulan. Kali ni aku singgah kat kedai D'Joran, sini teda baucer macam kedai yang aku pegi kemarin. Tapi sebab sini saja yang ada jual jenama PENN, jadi lain kali lah pegi kedai yang banyak baucer tu lagi hehe. hm pastu aku terambil satu tali sulam jenama SUFIX 60lb 300yd RM135. Tengah mau membayar tu mata ku ternampak pula barang yang selalu aku tengok dalam majalah. hehe sarung kepala, cantik... memang da lama aku cari tu barang.
PENN BATTLE 6000 RM340 lepas diskaun bah.

baru buka plastik lagi

b/bearing 6+1, spool besar muat 300yd 60lb, body metal, max drag 20lb, tapi berat sikit lah 620gram
Sufix Performance Braid RM135 lepas diskaun

kain penutup kepala RM15

kalau dari depan

kalau dari siring
Lepas ni aku fikir mau beli rod lagi tapi nantilah, pasni ada lagi yang bakal dibeli tapi tunggu lah 25 hb muncul lagi bulan depan. hehe

Tuesday, 12 June 2012

cuti pertengahan tahun 2012

Hm lama jugak aku nda update blog, bukannya apa baru-baru ni kan cuti jadi mood cuti bah... semua pun malas mau buat. cuti baru-baru ni bole la tahan best nya. minggu pertama cuti tu ada majlis akikah dekat rumah. sekor lembu telah ditumbangkan hehe pestime aku berkerjasama berkomplot dan berkolaborasi untuk keraja mengikat, memegang, melapah, menengok, memasak dan makan lembu yang telah menjadi korban itu. hehe
Pagi tu, bangun saja lepas berus gigi terus sarapan. nda lagi mandi bah terus pegi berjumpa dengan encik lembu. dengan berkat kerjasama yang padu adik beradik dan saudara mara maka semua telah berjalan lancar. dan yang paling siuk..apa lagi kalau bukan masa memasak, hehe sebab dapat makan. kalau masa makan pulak nda berapa bes sebab sudah kekenyangan makan haha...
InsyaAllah nanti aku pun mau juga buat akikah untuk 'orang baru' yang akan datang nanti biar meriah macam aritu. dapat kumpul ngan semua kuarga yang best tu. InsyaAllah.
tu dia encik lembu yang da di ikat dan sedia disembelih
encik lembu da kena sembelih
aksi ganas yang telah disensor menggunakan daun pisang
kejap lagi mau direbus ini lembu
sate lembu yang agak liat...baru sembelih beb terus di bakar..bukan macam ayam bah tu lembut..hentam sajalah...


Monday, 30 April 2012

Tenkiu 'new deal' + Samsung Galaxy S2

Kali ni mau cerita pasal 'new deal' dan kaitannya dengan samsung galaxy s2 ku yang baru. kalau nak tau new deal tu macam bonus la kira nya, bagi sekolah yang dapat keputusan yang cemerlang. kalau dapat new deal tu maksudnya aku punya sekolah dulu tu cemerlang la kan?hehe tapi tu dulu, kali ni aku kat sekolah baru pulak.
Berbalik kepada tajuk diatas, sebenarnya aku sudah niat dari awal lagi yang kalau la ganjaran new deal tu masuk tahun ni aku nak tukar henpun baru. lepas aku menunggu dan menunggu dan menunggu lagi akhirnya dapatlah berita yang sangat menghappykan hehe. New Deal da masuk haha dan haha lagi.
jadi apa lagi petang tu terus kuar pegi kedai henpun, maka dengan rasminya pada hari jumaat bersamaan 27/04/2012 aku dapat lah sebijik henpun baru dan yang paling mahal setakat ni aku beli.
samsung galaxy s2 yang jadi idaman

ni la dia henpun baru aku dengan my boss, tapi biasala aku punya mestilah lagi power mana bole lawan tokeh hehe

nokia dalam kenangan
lepas ni nak fokus pada kereta pulak nak tanam sound system yang mantap dekat aku punya vios. tapi kalau tidak mendapat perkenan dari my boss, memang protes besar-besaran la ni, mungkin beli galaxy tab 10 pulak hahaha yang penting happy!

Tuesday, 24 April 2012

suatu ketika di sk kuala medalam part 3

Kali ni nak cerita pasal geng kat sk kuala medalam yang banyak membantu dan buat projek sama-sama. mula-mula sampai kat sk kuala medalam aku rasa agak kekok juga sebab majoriti guru-guru adalah orang tempatan. bahasa yang dituturkan juga berlainan, membuatkan aku berasa seperti di luar negara hehe. namun begitu keramahan guru-guru dan penduduk setempat membuatkan aku senang dan cepat membiasakan diri dengan keadaan sekitar. pun begitu aku ambil masa setahun juga untuk betul-betul 'masuk' dalam masyarakat sk kuala medalam.

Alhamdullilah selain rakan guru yang best, rakan-rakan lain terdiri dari pekerja sekolah dan bujangan dari kampung setempat juga ramah dan best la. malas nak tulis panjang-panjang sebenarnya hehe kat bawah ni ada gambar kenangan ngan geng di sk kuala medalam.
Guru-guru dan staf sokongan sk kuala medalam 2011  
kelas tahun 3 2011
masterchef sk kuala medalam, en Barau dan makcik Rohani
geng pancing Condat, apai Anjeli dan aku...ramai lagi geng pancing tapi aku xda gambar jadi tak dapat upload sori geng hehe
Penghargaan buat semua yang telah banyak membantu aku semasa berada di sk kuala medalam, terutamanya cikgu rabaha (housemate), cikgu devy, cikgu bob, cikgu che mariana, cikgu bibiyanti, cikgu nursuhaida, cikgu tini, cikgu carol, cikgu winnie, cikgu rozanizam dan semualah cikgu2 yang banyak membantu.

Tidak lupa juga buat staf sokongan sekolah yang best2 macam makcik rohani, encik barau, puan martha, encik norejam, puan masniah, apai anjeli, apai fernando, atuu, apai sameon, cik lynia dan puan helen. terima kasih banyak diucapkan. tidak lupa buat rakan-rakan stanley, chrismond, joe, tony@noy, condat dan semua lah yang best-best belaka. semoga semua happy never ending (nak lagi best minta pindah cepat2). haha...
happy cat...

Monday, 23 April 2012

My 2nd car

Orang sekarang tengah sibuk sembang pasal Preve...ala yang proton baru tu, dengan kehebatan 7 kelajuan yang membuatkan orang berasa goyah dan nak pegi tukar je kereta lepas da dapat kenaikan gaji ni hehe..

Proton Preve keluaran terbaru Proton
Aku pun macam tergugat juga lah... tapi aku da ada Vios e, ok lah tu stakat nak pakai pegi keja takda hal la. cuma dalam kepala aku sekarang nak buat sound system yang mantap kat my Vios hehe.

sound system yang simple, yang penting sound sedap!

Dari luar vios aku tu da nampak cantik dengan rim sport, skirting dan spoiler. Kira untung juga dpat Vios ni, aku beli dengan harga 67k, kalau yang baru mau 80k ke atas. tahun register pun tahun 2008, dia punya mileage baru 30000km. standard la untuk kereta terpakai. keta ni aku tukar ngan Triton 3.2 aku tu hm...sakit juga masa nak jual Triton tu, aku kena topup sampai 15k!! hutang kat bank banyak lagi heh baru setahun pakai.

pandangan sisi my 2nd car
plat Johor bah... nak tukar lambang toyota plak kepada lambang Lexus

salah satu bahagian yang aku suka

3D plat dengan crystal number.
nak apa lagi? ok la ni kan? kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. hm cuma mungkin 5 - 6 tahun lagi baru aku nak tukar keta hehe... nak buat kereta konsep la pulak beranganx8

Sunday, 22 April 2012

Suatu ketika di sk kuala medalam part 2

Rindu juga ngan sekolah lama...bukan rindu apa, masih terkenang kenangan di sana. Rakan-rakan yang best, suasana yang permai, masyarakat setempat yang ramah dan banyak lagi la. hm best dapat melihat budaya dan cara hidup masyarakat lain. lebih-lebih lagi yang tidak sama dengan kita, dan biasanya cuma dapat tengok dalam tv saja, tapi bila tengok depan mata baru lah dapat pengalaman yang cukup berharga.

Sebelum jalan darat dibaiki, agak sukar berhubung dengan dunia luar. terpaksa menggunakan jalan air yang kadang kala menakutkan bila banjir kerana banyak kayu hanyut ditambah dengan aliran sungai yang deras dan memenatkan bila musim kemarau tiba, terpaksa menarik dan menolak perahu pada bahagian sungai yang cetek.

Namun  begitu, itulah namanya pengalaman yang orang lain tidak merasainya. banggalah dengan diri sendiri (siapa suruh jadi cikgu!). dengan anak-anak murid yang majoriti berbangsa iban kerana sk kuala medalam dekat dengan 7 buah rumah panjang. memberi pendidikan dalam keadaan yang serba kekurangan memang sesuatu yang mencabar, namun apa yang penting adalah kesungguhan. cuma yang tak besnya bila kita tak dihargai.

tu stanley dengan kembara nya yang dipanggil champion of Kuala Medalam





Ah lantaklah yang penting aku enjoy... jom ngeteh!

kenangan di Pra sekolah skkm



ni budak-budak year 6 yang da abis upsr, 2010






aku punya kelas, hm takde idea nak buat macam mana kelas ni, ada idea x?



rumah kedua untuk tahun terakhir di skkm.
 ada masa sambung lagi cerita di sk kuala medalam dengan cerita rakan-rakan guru dan rakan mancing. cerita sukan ke tak pun aktiviti yang menarik sepanjang aku kat sana.

Friday, 20 April 2012

suatu ketika di Kuala Medalam part 1

Selepas habis pengajian dekat maktab Keningau (sekarang IPG Keningau) (2009) apa lagi kerkobar-kobar la semangat mau mengajar konon, nda sabar sudah menunggu keputusan posting keluar. Tapi bila dapat tau aku "dibuang" ke Sarawak, macam lemah kaki ku huhu. Aku pun cuba la call jabatan pelajaran sarawak, sebab mau tau di mana lagi kena campak! aiseh macam minta kesian saja ini ayat.

Nasiblah yang angkat talipun tu pempuan, dia bilang nama ku kena dekat Limbang, SK KUALA MEDALAM. Ahh sudah nama pun ada KUALA mesti dekat dengan laut (dalam kepala ku) adui sakit kepala masa dapat tau maklumat dan ditambah lagi dengan andaian-andaian yang aku reka sendiri haha.

Dipindikkan cerita la, aku pun pergi la ke Limbang dengan menaiki bas. Bas gerak jam 8 pagi, sekali sampai Limbang jam 4.30 petang. Bongok betullah! kena lalu banyak pos kawalan imigresen, ditambah lagi dengan kena naik 2 buah feri. tu belum cerita dekat Brunei....menyakitkan hati betul. Nantilah ada masa cerita pulak dekat Brunei.

Ingatkan da sampai sekolah, rupanya aku kena lagi naik kereta dalam 1 jam untuk sampai ke siring sungai. lepas itu kena pula naik perahu panjang dalam 2 jam lagi. Jalan darat ada juga tapi jalan balak la, cuma pacuan 4 roda yang boleh masuk.
Ni tempat mula-mula aku sampai di sk kuala medalam, tapi gambar ni diambil lepas aku da pindah. tu suma aku la yang lukis hehe bangga diri pula.





wajah sk kuala medalam

tidak hairan sekolah ini mendapat tempat kedua Anugerah Seri Asrama Terbilang



Arca ikan milik sk kuala medalam, mahal ikan ni!













Triton 3.2 (kereta pertama ku)

Tak ingat bila aku beli ini kereta, hujung tahun 2010 aku sah jadi tuan yang empunya kepada Triton 3.2. Fuh memang bangga gila la wa cakap sama lu... orang kecil saja, tapi pakai kereta besar bapak ngko nye hehei...
kalau ikutkan hati ku, nda' mau aku beli kreta besar-besar ni tapi apa bulih buat sudah jadi keprluan bah..
aku kena masuk kawasan pedalaman di Limbang, Sarawak sebab itulah mau pakai 4x4 ni. mula-mula aku ada 3 pilihan kereta anak gajah ni
  • Toyota Hilux Vigo 2.5 dan 3.0
  • Mitsubishi Triton 2.5 dan 3.2
  • Isuzu D-max 3.0
 oleh kerana dalam hati ku ada perasaan tamak dan tamaha' yang kuat dan meluap-luap, maka dari tiga pilihan yang telah aku senarai pindik kan maka dengan senang hati aku pilih Triton 3.2!

memang tamaha' berabis la. Kenapa aku pilih Triton 3.2? hehe bapa ku sudah pakai Hilux Vigo jadi aku nda mau la sama macam kreta bapa ku. bukan nda bagus tapi aku tengok ni Vigo, tagap betul nda sporty (bagi aku la).
Dmax pula banyak yang aku jumpa nda tahan bila bawa di OFFROAD, tapi di jalan tar memang buli tahan juga.

 tapi Triton 3.2 juga la buah hati ku, bawa masuk lumpur relax saja biarpun auto...

mekap lumpur yang menjadi kewajipan bagi kereta offroad.

kenangan dekat jalan offroad SK Kuala Medalam Limbang
kenangan dengan Triton 3.2